Thursday 6 October 2011

Umur yg mematangkan kita atau pengalaman yg mematangkan kita??






Kematangan bukan berdasarkan usia...ia bermula apabila hati telah putih bersih. Matang adalah indikator utama dalam mencorak kehidupan manusia ke arah landasan kehidupan yang lurus lagi baik. Matang berfikir mempengaruhi cara kita membuat keputusan. Kematangan juga dapat menghalang kita dari melakukan perkara yang sia-sia yang memusnahkan...mampu memandu ke arah kehidupan masyarakat madani..dan terbaik. Tanpa kematangan dalam diri, kehidupan manusia hanya sekadar ke arah keseronokan semata-mata. Lambat mencapai kematangan berfikir adalah
kerana tiadanya rasa tanggungjawab dan amanah dalam hidup. Hiburan menguasai masa lapang yang teramat....suka mengikut....serta alpa, leka, lalai dengan memahami pengakhiran kehidupan. Minda tidak berkembang untuk mengisi pengalaman, menimba ilmu bagi persediaan memikul tanggungjawab masa depan.

Masakini betapa kematangan telah semakin pudar dari kalangan kebanyakan remaja baik lelaki atau perempuan.Masa muda digunakan untuk mencari keseronokan dan hiburan semata-mata...bermain-main...bersenang lenang bersama teman sahaja. Waktu dibazirkan begitu sahaja. Yang sedang belajar, juga kurang fokus dan tidak serius. Tenaga dan pemikiran tidak dipertingkatkan....hanya mengharap dan hanya berbekalkan harapan. Halangan utama mengapa lambat matang adalah kerana ramai remaja kita hari ini telah terperangkap di dalam zon selesa kehidupan. Minda tidak mampu berfikir di luar kotak zon selesa. Minda yang lambat matang akan menjadikan mereka sebagai pelawak di dalam kehidupan, tertipu..menjadi hamba atau bahan permainan. Keselesaan ini yang mengabui minda mereka untuk berfikir panjang, dan menyedari bahawa satu hari nanti, mereka pula mengganti kepimpinan hari ini. Mereka telah meletakkan diri mereka untuk menjadi pengikut sepanjang masa. Mereka tidak berusaha untuk menjadi seorang pemimpin kerana kurang keyakinan..tidak boleh berdikari..dan kurang ilmu.

Mematangkan diri dengan Matang berfikir, Matang menjalankan tugas, Matang menjadi pemimpin, Matangmengurus rumah tangga, Matang dalam menyemukakan idea-idea.....Matang berinteraksi dan Matang memikirkan masa depan...dan dalam lain-lain hal lagi, bukan sahaja datang melalui pengalaman dan pembelajaran semata-mata atau mempunyai pemikiran lateral ....tetapi melalui peningkatan keimanan, ketaqwaan, dan berusaha memikir hal-hal spiritual, kebatinan, dan perkara-perkara kerohanian. Peranan golongan dewasa sangat penting bagi mentarbiyyah generasi masa depan. Ibubapa harus mendidik anak-anak dengan kematangan berfikir dan bertindak sejak dari kecil lagi.

2 comments:

  1. pengalaman!! sebab ade mmber aku yang lagi tua dari aku prangai cam budak sekolah rendah!hahaha

    hye abg roti impitzz!! :)

    ReplyDelete
  2. haha.. sape yg penrangai cm 2.. ko kasi makan siku je dowh..

    ReplyDelete