Thursday 6 October 2011

Masalah Sosial di Kalangan Remaja






Kali ni saya nak kongsi dengan kawan2 tentang masalah yang cenderung dihadapi oleh segelintir remaja yang terlepas pandang.
Macam2 ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Sebelum ni saya hanya baca sahaja tentang masalah remaja sahaja. Kali ini saya tonton clip video Budak2 terjal pukul peengemis. Memang menyayat hati kalau hendak di ikutkan hati budak2 terjal ni nak aje lauk ramai2. Tp sekarangkandunia BERTAMADUN tak perlu buat macam itu. Sambung cerita, dapat lihat di clip video pengemis(tua) itu sedang berehat smbil tundukkan kepalanya, datang 3 orang budak sorang rakam, sorang lagi tukang gelak, sorang lagi datang rapat tepuk kepala si tua tu. memang tak BERMORAL. Cubabayangkan sekiranya orang tua itu adalah salah seorang parent anda. Sayu dan Tersentak bukan??? 

Adakah ini berpunca dari pengaruh rakan sebaya??
Apa peranan rajan Sebaya??

Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. 
Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. 
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .

No comments:

Post a Comment