Thursday 6 October 2011

Adab-adab Bertutur dalam Islam ( Pelihara Pertuturan )




Adab Bertutur dalam Islam



1. Bercakap benar
Surah al-Tawbah ayat 119 :
 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.”


2. Perkataan yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik.” (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T :
      “Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Baqarah 2 : 83)

3. Kurangkan bercakap
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara.” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Jelas dan terang
Supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.

Hadis Rasulullah S.A.W :
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berbicaralah dengan baik atau diam.” (Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T :
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan.” (Surah Qaf 50:18)

No comments:

Post a Comment