Bunuh Diri
Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yang diambil untuk mencabut nyawa sendiri sehingga
menyebabkan kematian.
Remaja yang membunuh diri biasanya mempunyai sejarah seperti:
• Konflik keluarga
• Kegagalan personaliti
• Kehilangan sesuatu
• Kesukaran berkomunikasi
• Penyalahgunaan bahan terlarang
• Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
Mengapakah seseorang itu cuba membunuh diri?
Sebab-sebab seseorang mengambil
keputusan cuba membunuh diri
termasuklah:
• Kemurungan
• Salah faham dengan ibu bapa
• Gagal dalam perhubungan
• Gagal dalam peperiksaan
• Didera
• Dibuli
• Di tinggal sendirian
Adakah tanda atau gejala awal seseorang itu hendak
membunuh diri?
Seseorang yang cuba bunuh diri selalunya menunjukkan atau mempunyai keadaan berikut:
• Berperasaan
o Sedih o Marah
o Gelisah
o Rasa bersalah
• Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
• Tidak boleh tidur
• Hilang selera makan
• Sentiasa memikirkan tentang kematian
• Tidak boleh melakukan aktiviti harian
• Mendedahkan dirinya kepada masalah seperti:
o Minum arak
o Merokok
o Mengambil ubat yang berinskripsi atau penyalahgunaan dadah
• Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
o Memberi barang yang disayangi
o Meminta maaf
o Bercakap tentang kematian
Bagaimana cara mencegah perlakuan membunuh diri?
Minta bantuan segera:
• Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
• Hubungi talian bantuan
o Seperti: BEFRIENDERS
• Dapatkan nasihat keagamaan
• Jumpa doktor
Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?
Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN!!!Di manakah seseorang itu boleh mendapat bantuan?
Bercakap kepada seseorang yang anda percayai seperti:
• Ibu bapa
• Rakan karib
• Guru kaunseling
• Guru agama
• Cari seseorang yang boleh:
• Mendengar
• Memujuk
• Mampu memberi nasihat
ATAU
Minta nasihat daripada:
• Doktor
• Pakar psikologi
• Pakar psikiatri
No comments:
Post a Comment