Thursday 6 October 2011

5 Cara Memenangi Hati Pasangan Anda




Cara Memenangi Hati Pasangan Anda

Hehe macam biasa, kalau pasal cinta ramai pembaca.
Tapi yang kali ni cerita apa yang pasangan kawan-kawan impikan.



1) Ingat Tarikh Penting

- GF & BF : Ini penting sebab menunjukkan yang kita ambil tahu tentang si dia. Contoh, tarikh lahir si dia. Jangan lupa tapi buat-buat lupa untuk kejutan sambut b'day tak apa. Lagi satu contoh, tarikh mula couple.

2) Bantu Ringankan Beban

- BF : Jangan berat tulang kalau mahu teruskan hubungan dengan si dia. Kalau pergi shopping tu, tolonglah bawa barang-barang yang di beli si dia. Si dia suka sekiranya anda membantu, jadilah pasangan yang ideal buatnya.
- GF : Kadang-kadang lelaki suka melihat perempuan yang ringan tulang, yang tanpa henti memberikan pertolongan. Tidak kira apa cara pun.

3) Memberi Pujian

- BF : Ini yang ni biasa nya golongan si dia sangat suka. Cubalah memberi sedikit pujian kepada si dia, ada baik sekiranya anda ikhlas dalam memuji(ramai yang tidak ikhlas dalam memuji). Tetapi sekiranya terlebih puji lain jadi nya. kembang nanti =P
- GF : Puji si dia, ia akan memberi sedikit pendorong supaya terus berusaha lebih. (Positif Motivasi)

4) Jadi Pendengar Yang Baik
- GF & BF : Walaupun si dia bercakap tentang hal-hal yang membosankan pada anda, layannnn je! Tidak beri reaksi pon tak apa, janji dengar, walaupun anda kecil hati mendengarnya. Sebab pasangan anda jujur dengan anda. Ia sudah memadai.

5) Penuhi Hajat

-  GF & BF : Masing-masing pon mempunyai cita rasa yang berbeza, namun, saling tolong menolong untuk memenuhi hajat. Kejar cita-cita, lagi-lagi yang sudah merancang untuk menjadi raja sehari. Banyak pengorbanan antara nya masa dan duit. Memerlukan banyak duit. Bersifat "Gift and Take".

Saya pun masih tidak pasti apa yang perempuan impikan dalam hidupnya, sebab kita tak boleh baca apa yang mereka fikir, apa yang mereka nak. Tapi yang pasti 5 cara ini berguna buat kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment