Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.
Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.
Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan itu.
“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.
“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.
Ketika itu,